Remaja lelaki dipenjara 2 tahun

Remaja lelaki dipenjara 2 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160825_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dijatuhi penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri empat buah motosikal dan dua buah kenderaan.

Mat Sukarin bin Mohamad didakwa mencuri empat buah motosikal, masing-masing jenis Yamaha 125Z di kawasan Kompleks Jerudong Atiya, Modessa Kriss di Kampung Mabohai, Yamaha Y110 di Kampung Berangan dan Yamaha 125Z yang diletakkan di tempat letak kereta bawah Bangunan Yayasan.

Dia juga berdepan tuduhan mencuri dua buah kereta modal Hyundai Accent dan Ford Fiesta, masing-masing di kawasan Jalan Tasek Lama dan di Jalan Pemancha.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu pada Mei dan Jun 2016.

Fakta kes menyebut, tertuduh telah menjual keempat-empat motosikal itu pada harga $100 dan $200 manakala dua buah kereta yang dicuri hanya ditinggalkan di tepi jalan.

Polis menemui semula kesemua motosikal dan kereta tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA