Remaja lelaki terbunuh gempa bumi di Indonesia

Remaja lelaki terbunuh gempa bumi di Indonesia

JAYAPURA, Indonesia, 28 Julai (AFP) – Satu gempa bumi kuat melanda kawasan terpencil timur Indonesia hari ini, membunuh seorang lelaki remaja yang terjatuh ke dalam sungai ketika dia memancing ikan dan merosakkan beberapa buah bangunan.

Gempa bumi dengan magnitud 7.0 melanda kawasan pedalaman pergunungan Papua pada awal pagi, hampir 250 kilometer dari barat ibu negeri wilayah Jayapura, kata Tinjauan Geologi AS.

“Gempa bumi dirasai amat kuat selama empat saat,” kata jurucakap agensi bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho. “Penduduk berasa panik dan bergegas keluar dari rumah mereka.”

Anggota menyelamat masih cuba sampai ke kawasan yang paling dekat dengan pusat gempa di daerah Memberamo, tambah Nugroho.

ARTIKEL YANG SAMA