Remaja lemas mandi di tasik

Remaja lemas mandi di tasik

LAHAD DATU, 30 Okt (Bernama) – Seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di sebuah tasik di Terusan Jaya dekat sini pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata mangsa Mohd Firdaus Ali, berusia 16 tahun, lemas ketika mandi bersama lapan lagi rakan sekolahnya.

“Mayat Mohd Firdaus dijumpai kira-kira pukul 7.53 pagi, 33 minit selepas operasi mencari dilancarkan oleh bomba,” katanya dalam satu kenyataan.