Remaja mati lemas di luagan

Remaja mati lemas di luagan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 19 Ogos – Keputusan bermain dalam perahu kecil selepas memetik daun lemiding bertukar tragedi kepada seorang remaja yang mati lemas dalam luagan berhampiran hutan kecil belakang Skim Perumahan Kampung Panaga di sini petang tadi.

Mangsa Awang Muhammad Wafiy bin Alihan, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Sayyidina Ali dalam Tahun 9.

Salah seorang daripada tujuh rakan-rakannya yang sama-sama ke kawasan itu, Awang Norzaime bin Mohd Harun, 16, memberitahu Media Permata, dalam kejadian pada jam 4 petang itu, mangsa telah terjun daripada perahu untuk kembali ke tebing tetapi tangannya tergelincir semasa memegang kayu di tebing lalu tenggelam.

“Melihat keadaan itu, saya terus terjun untuk menyelamatkannya, tetapi air sangat keruh, saya menyelam sambil meraba-raba ke dalam air dan terpegang kaki mangsa lalu membawanya naik dan memberikan pertolongan cemas tetapi hidung mangsa sudah pun berdarah,” katanya.

Menurutnya, setelah kejadian itu, mereka terus menghubungi ibu mangsa, dan ambulans serta polis yang kemudian tiba di tempat kejadian, namun remaja itu sudah pun meninggal dunia.

ARTIKEL YANG SAMA