Remaja mengaku salah rancang pengganasan

Remaja mengaku salah rancang pengganasan

SYDNEY, 14 Dis (Reuters) – Seorang remaja Melbourne yang diberkas selepas polis menemui bahan letupan di rumahnya mengaku bersalah hari ini terhadap dakwaan berkaitan keganasan, yang menyerlahkan kebimbangan tentang keradikalan belia ekoran penangkapan remaja 15 tahun dari Sydney dalam serbuan polis.

Remaja berusia 17 tahun itu merancang menyerang menggunakan peranti bahan letupan improvisasi, menurut polis dalam bulan Mei apabila mereka menyerbu rumahnya di Greenvale, 20 kilometer utara bandar kedua Australia, Melbourne.

Budak lelaki itu yang identitinya tidak dapat didedahkan kerana usianya, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan “terlibat dalam tindakan bagi persiapan, atau merancang tindakan pengganasan,” lapor Australian Associated Press (AAP) dari kamar mahkamah.

Pihak pendakwa menggugurkan dua dakwaan lain ekoran akuan bersalah, AAP melaporkan. Para pegawai Mahkamah Wilayah negeri Victoria tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatkan ulasan.

Australia, sekutu kuat Amerika Syarikat dan usahanya memerangi militan Islam di Iraq dan Syria, telah dalam langkah berwaspada bagi serangan oleh radikal-radikal tanah air, sejak tahun lalu.

Anggota polis Australia termasuk unit forensik berkawal di luar bangunan mahkamah ketika perbicaraan remaja atas dakwaan terbabit merancang pengganasan. – AFP
Anggota polis Australia termasuk unit forensik berkawal di luar bangunan mahkamah ketika perbicaraan remaja atas dakwaan terbabit merancang pengganasan. – AFP

Khamis lalu, polis berkata mereka telah mendakwa lelaki berusia 20 tahun dan remaja lelaki berusia 15 tahun dengan tuduhan berkonspirasi untuk menyerang bangunan kerajaan selepas mereka diberkas ketika serbuan awal pagi oleh polis pencegah keganasan di Sydney.

Tiga orang lagi lelaki, kesemuanya telah pun ditahan atas kesalahan berkaitan keganasan juga didakwa sebagai sebahagian operasi sama.

Pihak polis menyifatkan sebagai “mengganggu” bilangan ramai anak-anak muda Australia yang didakwa terlibat dengan tindakan ganas. Perkara itu telah meningkatkan kebimbangan tentang bagaimana kerajaan menangani belia berisiko dalam penduduk beragama Islam.

Beberapa minggu sebelum remaja lelaki berusia 17 tahun itu diberkas, lima orang lagi remaja Melbourne diberkas berhubung perancangan serangan pengganas ke atas polis yang bukan berinspirasi kumpulan Islam IS, pada hari cuai kebangsaan ANZAC.

Pada September 2014, polis telah menembak mati seorang remaja di bandar selatan Melbourne selepas dia menikam dua orang pegawai pencegah keganasan. Tiga bulan kemudian, dua tebusan terbunuh apabila polis menyerbu sebuah kafe tengah Sydney untuk menamatkan pengepungan selama 17 jam di kafe itu oleh seorang lelaki bersenjata, yang juga telah terbunuh.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu telah menembak mati seorang akauntan di ibu pejabat polis di pinggir bandar Sydney, Parramatta pada Oktober dan kemudian terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan polis di luar bangunan.

ARTIKEL YANG SAMA