Remaja Palestin ditangkap selepas tikam polis Israel

Remaja Palestin ditangkap selepas tikam polis Israel

BAITULMUQADDIS, 3 Mac (AFP) – Seorang remaja Palestin menikam dan mencederakan anggota polis Israel di Tebing Barat yang diduduki hari ini sebelum ditangkap, menurut pihak berkuasa Israel.

Anggota polis itu sedang menghalakan lalu lintas selepas pokok tumbang dan menyekat sebatang jalan raya di bandar Auja, di utara Jericho, Lembah Jordan, apabila dia ditikam di bahu, menurut polis.

Remaja perempuan itu berlari namun berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Polis Israel menyatakan usianya 14 tahun. Sumber keselamatan Palestin mengatakan dia berusia 16 tahun.

Gelombang keganasan di wilayah Israel dan Palestin sejak Oktober telah membunuh 180 warga Palestin serta 28 warga Israel, seorang Amerika, seorang Sudan dan seorang Eritera, menurut jumlah AFP.

Kebanyakan warga Palestin yang meninggal dunia dalam keganasan itu telah dibunuh oleh pasukan Israel semasa serangan membawa pisau, senjata atau rempuhan kereta, menurut pihak berkuasa Israel.