Remaja Palestin tikam dua warga Israel

Remaja Palestin tikam dua warga Israel

BAITULMUQADDIS, 24 Mei (AFP) – Seorang remaja Palestin telah menikam dan mencederakan dua remaja semasa dalam perjalanan mereka ke Tembok Barat di Bandar Lama Baitulmuqaddis ketika festival Yahudi, menurut pegawai.

Polis dalam kenyataannya mengatakan mereka telah menangkap remaja Palestin berusia 19 tahun kerana disyaki menyerang dua remaja Israel berusia 17 tahun dari belakang.

Mangsa yang mengalami cedera di badan mereka telah dikejarkan ke hospital, kata perkhidmatan perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom.

Polis mengatakan mereka menggunakan rakaman daripada kamera pengawasan untuk menjejak suspek ketika dia kembali pulang, dan menemui pisau yang mungkin telah digunakan semasa serangan awal pagi.

Kejadian tikam itu muncul ketika Yahudi meraikan cuti Shavuot atau Pentecost, yang bermula pada malam Sabtu.