Remaja tikam anggota polis di Jerman

Remaja tikam anggota polis di Jerman

BERLIN, 15 April (AFP) – Pendakwa raya Jerman hari ini berkata seorang gadis berusia 15 tahun yang menikam anggota polis di leher pada bulan Februari telah didapati menjalankan operasi bagi kumpulan berani mati IS

Remaja yang dikenal pasti sebagai Safia.S menyerang seorang pegawai pada bulan Februari semasa pemeriksaan harian di stesen kereta api Hanover di utara negara itu, sebelum dikawal oleh anggota pegawai polis yang lain.

Beliau sejak itu berada dalam tahanan pencegahan ketika polis sedang menyiasat motif di sebalik tindakan beliau itu.

Berikutan daripada siasatan, pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa remaja itu telah ditahan reman dalam “percubaan membunuh, serangan yang agresif dan sokongan beliau terhadap organisasi pengganas asing”.

Mereka berkata, gadis itu telah “memeluk ideologi radikal kumpulan pengganas asing IS di Iraq dan Syria” pada November 2015 dan mempunyai hubungan dengan pejuang IS di Syria.

Pada bulan Januari, beliau mengembara ke Istanbul di mana beliau akan bertemu dua orang tengah IS yang bertujuan untuk membantu beliau memasuki Syria. Akan tetapi rancangan itu telah digagalkan apabila ibunya membawa dia kembali ke Jerman.

Walau bagaimanapun, sementara beliau di Istanbul, “dia telah diyakinkan oleh ahli IS dalam menjalankan operasi berani mati bagi kumpulan itu di Jerman”.

“Sehubungan itu, tertuduh bersenjatakan dirinya dengan pisau pemotong sayur dan pisau pengerat daging dan pergi ke stesen keretapi utama,” kata pendakwa raya.

ARTIKEL YANG SAMA