Remi Garde jurulatih baru Aston Villa

Remi Garde jurulatih baru Aston Villa

LONDON, 3 Nov (Agensi) – Remi Garde dilantik sebagai jurulatih baru Aston Villa bagi menggantikan Tim Sherwood (gambar) yang dipecat pada bulan lalu.

Jurulatih kelahiran Perancis itu bersetuju untuk membimbing Aston Villa dengan kontrak selama tiga tahun sehingga Liga Perdana Inggeris musim 2018/19.

Pelantikan itu dibuat semalam ketika kelab berkenaan tewas 3-1 kepada Tottenham Hotspurs.

“Dilantik menjadi pengurus di Aston Villa merupakan satu penghormatan yang sukar dipercayai dalam karier bola sepak saya.

pg20_151104_c

“Saya sangat positif selepas bertemu pemilik kelab, Randy Lerner dan Eksekutifnya, Tom Fox.

“Mereka mempunyai pelan terbaik dan saya melihatnya sebagai cabaran untuk dihadapi.

“Sejujurnya, kami mempunyai tugasan berat, tapi kesemua pihak positif dan akan bekerja kuat,” jelas Garde.

ARTIKEL YANG SAMA