Rempuhan di Mina, tragedi musim haji paling teruk

Rempuhan di Mina, tragedi musim haji paling teruk

DUBAI, 11 Okt – Angka kematian akibat rempuhan bulan lalu semasa musim haji telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,489, menurut laporan oleh pegawai-pegawai luar negara, menjadikannya kejadian paling dahsyat dalam sejarah musim haji.

Arab Saudi belum memberi jumlah kematian yang dikemaskini selepas memberi jumlah kematian dua hari selepas kejadian iaitu kira-kira 769 jemaah haji. Pihak berkuasa Saudi juga tidak menyediakan pecahan mengikut kewarganegaraan.

Beratus-ratus jemaah juga tidak diambil kira berikutan kejadian rempuhan haji pada 24 September lalu, salah satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Walau bagaimanapun kerajaan asing telah menyediakan angka kematian jemaah yang terkorban dari negara mereka dan kiraan AFP menunjukkan angka kematian telah meningkat berbanding dengan kematian yang dicatatkan sekitar 1,426 jemaah dalam kejadian yang paling teruk sebelumnya iaitu semasa rempuhan terowong pada Julai 1990.

Berikut adalah pecahan jumlah angka kematian yang terkorban dari kerajaan luar:

Iran: 464, Mesir: 165, Indonesia: 120, India: 101, Nigeria: 99, Pakistan: 87, Bangladesh: 79, Mali: 60, Senegal: 54, Chad: 52, Sudan: 30, Niger: 28, Algeria : 28, Maghribi: 27, Cameroon: 20, Ivory Coast: 14, Etiopia: 13, Libya: 10, Somalia: 8, Kenya: 6, Ghana: 5, Mauritius: 5, Tanzania: 4, Tunisia: 4, Burkina Faso : 1, Burundi: 1, Belanda: 1, Oman: 1, Jordan: 1, Iraq: 1, Benin: bilangan kematian tidak ditentukan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA