Renang Australia pecah rekod dunia

Renang Australia pecah rekod dunia

RIO DE JANEIRO, 7 Ogos – Perenang wanita Australia merendahkan rekod dunia acara 4×100 meter gaya bebas ketika meraih emas kedua buat negara itu pada malam pembukaan acara renang di Olimpik Rio hari ini.

Emma McKeon, Brittany Elmslie, Bronte Campbell dan pemegang rekod dunia acara individu, Cate Campbell mencatat 3 minit 30.65 saat untuk mengatasi Amerika Syarikat yang meraih perak dengan catatan 3:31.89s manakala Kanada ketiga 3:32.89s.

Australia memperbaiki rekod dunia 3:30.98s juga dilakukan kuartet Australia pada Sukan Komanwel di Glasgow pada 24 Julai 2014. – AFP

Perenang Australia, Emma McKeon (kiri), Brittany Elmslie (dua kanan), Bronte Campbell (dua kiri) dan Cate Campbell (kanan), menunjukkan pingat emas mereka pada majlis penyampaian pingat bagi 4x100 meter gaya bebas wanita akhir. – AP
Perenang Australia, Emma McKeon (kiri), Brittany Elmslie (dua kanan), Bronte Campbell (dua kiri) dan Cate Campbell (kanan), menunjukkan pingat emas mereka pada majlis penyampaian pingat bagi 4×100 meter gaya bebas wanita akhir. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA