Renang wanita cipta 3 rekod baru

Renang wanita cipta 3 rekod baru

KAZAN, Rusia, 4 Ogos (AFP) – Kuasa wanita didedahkan pada kejuaraan renang dunia semalam apabila tiga rekod dipecahkan dan Katinka Hosszu ‘Iron Lady’ dari Hungary menepati nama samarannya.

Selepas Katie Ledecky memecahkan rekod dunia gaya bebasnya sendiri untuk saringan 1500m pada sebelah pagi, Sarah Sjostrom dari Sweden memecahkan rekod kuak kupu-kupu 100m dan Hosszu pula memenangi rekod medley individu 200m yang bertahan sejak 2009.

Pencapaian peserta dari Hungary itu begitu menakjubkan ketika perenang berusia 26 tahun mencatatkan masa dua minit 06.12 saat untuk memenangi pingat emas dalam 200m final IM dan mengatasi rekod 0.03 saat sebelumnya yang dicatatkan Ariana Kukors dalam kejohanan dunia 2009 di Rom.

Perenang dari AS, mencatatkan masa dalam era pakaian neoprene, yang sejak itu diharamkan dan Hosszu memburu rekod tersebut.

“Sejujurnya, saya cuba untuk berlumba,” jelas Hosszu, yang juga akan mepertahankan mahkota IM 400m miliknya di Kazan. “Jelas, rekod itu dalam minda saya dan itulah tujuan saya.

Federica (kiri) dari Itali mengucapkan tahniah kepada Katie Ledecky selepas peringkat saringan di kejohanan FINA 2015 di Kazan petang tadi. – AFP
Federica (kiri) dari Itali mengucapkan tahniah kepada Katie Ledecky selepas peringkat saringan di kejohanan FINA 2015 di Kazan petang tadi. – AFP

“Tetapi sebelum perlumbaan saya hanya cuba untuk memberikan yang terbaik dan berlumba sepantas yang mungkin dan kemudian mencatat rekod. Ia sempurna.”

Sjostrom merasa gembira ketika mengatasi 0.15 saat rekodnya sendiri yang dicatatkan dalam separuh akhir Ahad lalu untuk mengembalikan gelaran dunia yang dimenanginya dua tahun lalu di Barcelona untuk kuak kupu-kupu 100m.

“Saya telah menanti enam tahun untuk memecahkan masa terbaik saya sendiri dan sekarang saya mendapatkan beberapa saat darinya!” kata Sjostrom ketika Jeanette Ottesen dari Denmark berada di tempat kedua dengan Lu Ying dari China di tempat ketiga.

Ledecky, yang juga memegang rekod 800m, memberikan bayangan dia mungkin akan mencatatkan banyak rekod dalam final 1500m hari ini.

“Ia begitu mudah,” kata Ledecky, yang juga selesai di tempat kedua gaya bebas 400m rekod dunia sambil memenangi final Ahad lalu. Saya terkejut saya mampu melakukannya.”