Renato Sanches pecah rekod Portugal

Renato Sanches pecah rekod Portugal

MARSEILLE, Perancis, 1 Julai (AFP) – Pemain remaja berusia 18 tahun, Renato Sanches muncul pemain termuda Portugal beraksi di kejohanan utama selepas pengendali, Fernando Santos membuat dua pertukaran bagi pertembungan suku akhir Euro 2016 menentang Poland, beliau juga menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya, awal pagi tadi.

Sanches yang beraksi di bahagian tengah menggantikan tempat Andre Gomes dan penampilannya memecah rekod yang sebelum ini dipegang Cristiano Ronaldo yang membuat penampilan pertamanya di Euro 2004 ketika berusia 19 tahun.

Selain Sanches, pertahanan Benfica, Eliseu juga menggantikan Raphael Guerreiro yang mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ronaldo yang memakai lilitan kapten juga akan menyamai rekod yang dipegang Michel Platini yang menjaringkan sembilan gol di pentas Euro jika meledak gol di Marseille.

Renato Sanches ketika meraikan jaringannya bagi menyamakan kedudukan 1-1. – AFP
Renato Sanches ketika meraikan jaringannya bagi menyamakan kedudukan 1-1. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Jurulatih Poland, Adam Nawalka dalam pada itu menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Switzerland pada peringkat 16 terakhir yang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti.

Lukasz Fabianski terus mengemudi gawang Poland selepas Wojciech Szczesny masih bergelut akibat kecederaan.

Pemain tengah, Bartosz Kapustka yang digantung perlawanan ketika bertemu Switzerland juga berada di bangku simpanan.

ARTIKEL YANG SAMA