Renault harap bernasib baik di China

Renault harap bernasib baik di China

LONDON, 12 April (Reuters) – Renault berharap akan bernasib baik untuk kali ketiga dan memperoleh mata pertama mereka dalam musim Formula Satu di China pada Ahad selepas hampir-hampir terlepas daripada dua perlumbaan pembukaan musim ini.

Pemandu Belanda Kevin Magnussen berakhir di tempat ke-11 di Bahrain, selepas menerima satu penalti untuk kesilapan jambatan timbang yang meninggalkannya di tempat terakhir pada awal perlumbaan, sementara pemandu Britain Jolyon Palmer menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan pertamanya di Australia.

Magnussen memandu perlahan disebabkan tayar pancit di Melbourne, menduduki tempat ke-12 dan tidak bermula di Bahrain disebabkan kerosakan pam hidrolik.

“Kami pada umumnya berada di tempat yang kami jangkakan, namun kekurangan dari kedudukan sepatutnya,” kata pengarah perlumbaan Renault F1 Frederic Vasseur dalam kumpulan previu perlumbaan di Shanghai.

“Dari segi kadar perlumbaan, terdapatnya tanda-tanda positif, kami berada tidak jauh daripada Williams dan kami tidak jauh daripada mengakhiri perlumbaan dengan pungutan mata.”

Jentera Renault ketika berada di pitstop pada Perlumbaan GP Bahrain. – AFP
Jentera Renault ketika berada di pitstop pada Perlumbaan GP Bahrain. – AFP

Renault mengambil alih daripada pasukan Lotus pada Disember, satu kepulangan kepada tempat asal mereka setelah memenangi kejohanan pada 2005 dan 2006 dengan pasukan Einstone yang dimiliki oleh mereka sebelumnya, tetapi mengakui musim ini adalah sukar.

Lotus bertanding dengan enjin Mercedes pada tahun lalu dan kekurangan sumber untuk memajukan kereta mereka, yang mempunyai kesan susulan pada musim ini.

Vasseur berkata pada bulan lalu ia akan mengambil beberapa tahun untuk kembali ke tempat teratas, sementara ketua eksekutif Renault Carlos Ghosn telah menetapkan sasaran untuk menduduki tiga tempat teratas dalam masa tiga musim.

“Kami telah mengakhiri kedua-dua perlumbaan setakat ini sebagai kereta pertama di luar mata, maka kami sepatutnya berada di dalam mata,” kata Vasseur, melihat ke depan pada China.

“Dengan itu, kami bukan sahaja perlu menambah prestasi kepada kereta, kami perlu memastikan hujung minggu lalu kami bebas daripada kesilapan dalam setiap aspek.”

Magnussen menduduki tempat kedua dalam kereta McLaren di Australia pada tahun 2014 tetapi tidak berlumba pada 2015 dengan kerjaya F1 nampaknya tidak kekal lama.

Renault membantunya selepas Pastor Maldonado menghadapi kesukaran penajaan dan pemandu Belanda itu teringin membuka akaunnya.