Renault kembali bangun

Renault kembali bangun

PARIS, 4 Feb – Renault menghadapi setahun dalam pembangunan semula dalam Formula Satu selepas mengambil alih pasukan Lotus yang bergelut dengan masalah kewangan yang hampir lumpuh, kata pemandu dari British, Jolyon Palmer semalam.

Pemandu rookie itu, pemenang siri GP2 pada 2014 dan anak lelaki kepada bekas pemandu, Jonathan Pamer, adalah pemandu rizab Lotus pada tahun lepas dan menyertai dalam sesi latihan di grand prix.

Bercakap kepada wartawan pada pelancaran rasmi pasukan itu, Palmer tidak cuba untuk tidak menyembunyikan keadaan itu. “Ia bukanlah tahun mudah pembangunan semula dari Lotus. Ia mustahil untuk menyatakan sekarang, di mana kami akan berada di atas grid,’ katanya.

“Saya perlu melihat bagaimana keadaan Lotus tahun lepas. Ia begitu sukar. Mereka bergelut untuk membuat kesemua perlumbaan pada akhir tahun, cuba untuk mendapatkan wang dari mana saja diperoleh.”

Lotus menyaksikan kereta mereka diimpaun oleh bailiff selepas Grand Prix Belgium dan dikeluarkan dari padok di Jepun kerana bil yang belum dibayar.

Ketua Eksekutif Renault Carlos Ghosn (dua kanan), Kevin Magnussen Denmark (kanan) dan rakan sepasukan Jolyon Palmer Britain (dua kiri), dan Esteban Ocon (kiri) semasa pembentangan rasmi kereta Renault RS16 di Paris. – Reuters
Ketua Eksekutif Renault Carlos Ghosn (dua kanan), Kevin Magnussen Denmark (kanan) dan rakan sepasukan Jolyon Palmer Britain (dua kiri), dan Esteban Ocon (kiri) semasa pembentangan rasmi kereta Renault RS16 di Paris. – Reuters

Pada perlumbaan terakhir Abu Shabi, kereta–kereta tersebut tidak dibenarkan berada dalam padok sehingga pembayaran dilakukan. Hanya sedikit wang yang dibelanjakan ke atas pembangunan kereta itu, 2015, dengan ketukan bagi 2016.

Renault akhirnya membeli pauskan itu pada Disember. Palmer berkata 2015 berada ‘di atas had’. Terdapat banyak masa di mana kami hadir dan tidak berada dalam garaj, kami tidak memiliki peralatan, kami tidak mempunyai idea apa yang akan berlaku.

“Dalam keadaan tu, kami mampu untuk melalui semua perlumbaan yang mana adalah satu pencapaian yang menggambarkan wang yang dibelanjakan atau dimiliki ketika itu. Mereka perlu melakukan apa yang mereka lakukan, ia berakhir dengan teruk.”

Sejak itu, Pastor Maldonado dari Venezuela- -yang penajanya dari syarikat minyak, PDVSA menyelamatkan tetapi sekarang berakhir- -berlepas dan digantikan oleh Kevin Magnussen dari Denmark.

Palmer berkata dia simpati dengan Maldonado tetapi gembira bagi pemandu dari Denmark itu dan tanggungjawabnya akan memastikan semua peluang dalam sukan itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA