Renault kembali musim depan

Renault kembali musim depan

PARIS, 4 Dis (AFP) – Renault melengkapkan pengambilalihan Lotus pada Khamis untuk pengeluar dari Perancis itu kembali ke saingan Formula 1 (F1) musim depan, umum Pengerusi Renault, Carlos Ghosn.

“Renault ada dua pilihan, kembali sepenuhnya atau pun tidak,” kata Ghosn.

“Selepas meneliti secara terperinci, Saya putuskan yang Renault akan menyertai Formula 1 bermula musim depan,” .

Firma dari Perancis itu akan tampil penuh selepas berpisah dengan Red Bull yang menghadirkan empat gelaran dunia empat kali berturut-turut.

Perpisahan dua jenama itu berlaku apabila Renault berang dengan pasukan dari Austria itu yang mengkritik enjin mereka.

Renault mengambil alih Pasukan Lotus bermula musim depan. – Reuters
Renault mengambil alih Pasukan Lotus bermula musim depan. – Reuters

Dengan mengambil alih Lotus, Renault pada dasarnya membeli semula pasukan mereka yang sebelum ini dijual kepada Genii Capital pada 2009.

Renault mula terbabit dalam sukan itu pada 1977 dan dua kali berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar ketika Fernando Alonso muncul juara dunia pada musim 2005 dan 2006.

“Cita-cita kami adalah untuk menang walaupun terpaksa mengambil sedikit masa,” kata Ghosn.

“Renault dan Lotus F1 saling mengenali sejak 15 tahun ketika muncul juara pada 2005 dan 2006,” menurut kenyataan Renault.

ARTIKEL YANG SAMA