Renault lancar kereta kompak baru di India

Renault lancar kereta kompak baru di India

NEW DELHI, 28 Mei (dpa) – Pembuat kereta utama Perancis, Renault telah memilih India untuk melancarkan sebuah kereta kompak baru, Kwid 800cc.

Dengan konsep hatchback, dan reka bentuk seperti SUV, ia akan dijual semasa musim festival India September-November dan akan berharga sekitar 300,000 rupee (kira-kira 4,700 dolar), menurut jurucakap bagi Renault India.

Kwid Renault memasuki segmen kereta kecil di India yang didominasi oleh Maruti Suzuki dan Hyundai Motor.

Pengerusi Kumpulan Renault, Carlos Ghosn, semasa sidang akhbar yang mengumumkan pelancaran itu di bandar Chennai India, mengatakan bahawa Kwid memiliki kandungan tempatan sebanyak 98 peratus dan akan dijual sebahagian besarnya dalam pasaran India dan negara-negara jiran, lapor agensi berita IANS.

“Tidak ada rancangan untuk melancarkan model ini di Eropah, sekurang-kurangnya untuk selama dua atau tiga tahun,” kata Ghosn.

Kereta 800cc Renault itu memiliki enjin petrol tiga silinder telah direka dan dibangunkan bersama oleh Renault dan Nissan.

ARTIKEL YANG SAMA