Renault tarik balik 15,000 kenderaan

Renault tarik balik 15,000 kenderaan

PERANCIS, 19 Jan – Renault menarik balik 15,000 kenderaan sebelum mula dijual bagi memeriksa enjin mereka, kata menteri yang bertanggungjawab bagi pengangkutan itu hari ini, sehari selepas pengeluar kereta Perancis berjanji atas tindakan mengurangkan pelepasan yang berbahaya ke udara.

Renault “telah komited untuk menarik balik sebilangan kenderaan, 15,000 kenderaan, untuk diperiksa dan menyesuaikannya dengan betul agar sistem penapisan berjalan dengan lancar” dalam semua suhu, Ségolène Royal berkata di radio RTL.

“Kereta baru mesti memenuhi norma-norma,” katanya, sambil menambah bahawa penyelarasan itu dapat dilakukan dengan cepat. “Untuk menyesuaikan dan membetulkannya dengan enjin mengambil masa setengah hari,” tambah beliau.

Suruhanjaya, yang ditubuhkan di tengah-tengah skandal menyelubungi Volkswagen Jerman itu, diuji pada kenderaan dari lapan jenama asing dan Perancis, mencari dan menyiasat karbon dioksida (CO2) dan pelepasan nitrogen dioksida (NOx) dari kereta Renault yang terlalu tinggi, dan juga dalam beberapa model kerata bukan buatan Perancis.

Deretan kereta Renault diletakkan di luar kilang automobil mereka di Flins, Aubergenville. - Reuters
Deretan kereta Renault diletakkan di luar kilang automobil mereka di Flins, Aubergenville. – Reuters

Pengarah Jualan Renault, Thierry Koskas, menegaskan syarikat itu tidak menipu tetapi mengakui masalah telah muncul semasa ujian dijalankan dan pada keadaan jalan yang sebenar.

“Dalam ujian itu, kita menghormati norma pelepasan,” katanya, mewakili keputusan kumpulan 2015.

“Apabila kita tidak lagi dalam keadaan ujian, memang ada perbezaan antara keadaan sebenar dan keadaan kawalan, itu adalah fakta,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA