Rentak Barca akan kembali – Enrique

Rentak Barca akan kembali – Enrique

SEPANYOL, 4 Okt (AFP) – Jurulatih Barcelona Luis Enrique percaya pemain penyerangnya akan mendapat semula rentak permainan mereka setelah Juara Eropah itu tewas 2-1 menentang Sevilla kelmarin.

Pasukan Catalan itu bermain tanpa Messi yang mengalami kecederaan, namun masih memperoleh 28 cubaan serangan ke gawang tatkala Luis Suarez dan Neymar gagal untuk mencari jalan melepasi gawang penjaga gol Sevilla Sergio Rico sehingga penalti di saat-saat akhir menembusi gawang mereka.

“Ia merupakan perlawanan di mana kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang, ia amat luar biasa apabila kami hanya berupaya menjaringkan satu gol di sini selepas beberapa serangan dilakukan ke arah gawang pihak lawan,” kata Enrique.

“Kami mempunyai pemain-pemain yang berprestij, anda hanya perlu melihat kepada nombor mereka.

“Sebagai seorang jurulatih kami kerap melihat kepada beberapa peluang sebanyak yang mungkin kerana bakat semula jadi setiap seorang pemain itu akan menyudahkan mereka. Itulah perbezaan antara bintang-bintang itu dan para pemain lain.

Louis Enrique percaya pasukannya akan kembali memberi tentangan. – Reuters
Louis Enrique percaya pasukannya akan kembali memberi tentangan. – Reuters

“Kami sangat jauh daripada prestasi terbaik kami dalam perlawanan itu secara amnya sejak permulaan musim, namun ia sudah tentu akan berubah, saya tidak meraguinya.”

Barca sekarang telah tewas dua perlawanan daripada tiga perlawanan liga mereka dan boleh dipintas sama ada oleh Real Madirid atau Atletico Madrid di kedudukan liga apabila kedua-dua pasukan itu berentap esok.”

Dan Enrique menolak untuk menerima sebarang ketenangan pada hakikat pasukannya menguasai sebahagian besar perlawanan walaupun tanpa Andres Iniesta dan juga Messi.

“Tiada seorang pun yang boleh gembira kepada Barca apabila tewas. Tidak kira kami mencipta banyak peluang. Matlamatnya Cuma untuk menang dan jika tidak, anda tidak boleh gembira.”

Suarez menegaskan bahawa bosnya tidak memberikan dia mahupun Neymar sebarang arahan-arahan istimewa dalam menangani perlawanan tanpa Messi dan mengakui kecuaiannya pada separuh masa pertama yang membuatkan pasukan pelawat berada di depan.

ARTIKEL YANG SAMA