Rentak Copa Chile terjejas

Rentak Copa Chile terjejas

SANTIAGO, 16 Jun (AFP) – Mexico menjejaskan harapan Chile untuk melangkah ke suku akhir Copa Amerika di sini hari ini, selepas menambat tuan rumah 3-3 dalam persaingan sengit di Santiago.

Dua gol daripada penyerang veteran Mexico Vicente Vuoso membatalkan dua gol pemain tengah Juventus Arturo Vidal untuk Chile, yang juga mempunyai dua gol dibatalkan kerana ofsaid.

Mexico menghabiskan separuh masa pertama berkampung di sebelah padang mereka dengan Chile mengerumuni untuk mencari gol awal bagi mencari laluan ke suku akhir dari Kumpulan A selepas menang aksi pembukaan ke atas Ecuador.

Tetapi Mexico hampir menyengat tuan rumah pada kemasukan pertama ke dalam kawasan musuh, merobek benteng dengan serangan balas untuk menjaringkan gol apabila Vuoso menyumbat masuk hantaran Juan Carlos Medina pada minit ke-21.

Chile membalas serta-merta dalam beberapa minit dengan tandukan Vidal melambung tinggi. Charles Aranguiz memberikan hantaran dalam satu tendangan sudut dan Vidal membuat tandukan jarak jauh untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Midfield Chile, Arturo Vidal mengadu semasa menentang Mexico dalam aksi Copa America di Santiago, semalam. – AFP
Midfield Chile, Arturo Vidal mengadu semasa menentang Mexico dalam aksi Copa America di Santiago, semalam. – AFP

Jaringan Chile gagal menghalang Mexico dan Claudio Bravo bertindak cemerlang dengan menampan tandukan Gerardo Flores dari jarak dekat melepasi paling untuk menafikan ‘El Tri’ mendahului 2-1.

Tetapi Mexico tidak perlu menunggu lama sebelum meraih gol kedua apabila penyerang Atletico Madrid Raul Jimenez menanduk masuk tendangan sudut Adrian Aldrete untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Chile sekali lagi mencurahkan ke hadapan dan menyamakan kedudukan buat kali kedua pada minit ke-42 apabila hantaran silang Vidal disambut oleh Eduardo Vargas yang menanduk bola masuk ke bahagian bawah sudut kiri jaring.

ARTIKEL YANG SAMA