Rentak hambar hantui Juve, Sevila

Rentak hambar hantui Juve, Sevila

MILAN, 29 Sept (AFP) – Juventus yang melayan Sevilla berharap untuk meneruskan permulaan positif mereka untuk musim Liga Juara-Juara dalam perlawanan kumpulan D yang bakal menyaksikan kedua-dua pihak berusaha untuk melupakan prestasi buruk domestik mereka.

Saham Juventus di kalangan elit bola sepak Eropah meningkat dengan ketara selepas menjadi pasukan Itali pertama sejak Inter Milan pada 2010 berjaya akhir musim lalu, di mana mereka tewas 3-1 kepada Barcelona.

Tetapi harapan untuk mengulangi pencapaian tahun lepas kelihatan tipis, jika permulaan mengecewakan Serie A musim baru Juve menjadi ukuran – walaupun Sevilla juga berada di dalam situasi sama.

Juventus jatuh ke tempat ke-15 dengan hanya lima mata selepas enam perlawanan – permulaan terburuk sejak musim 1969-70 – Sevilla pula hanya dua mata di atas zon penyingkiran La Liga selepas enam perlawanan.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan ketara pemain utama sepanjang musim panas walaupun dalam kejohanan elit Eropah, ironinya kedua-dua gergasi Eropah itu amat mengagumkan.

Juve meraih kemenangan mengejut 2-1 di Manchester City hasil jaringan permainan terbuka Mario Mandzukic dan Alvaro Morata, manakala Sevilla memulakan kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Borussia Moenchengladbach.

Tetapi dalam masa beberapa minggu landskap sudah banyak berubah untuk juara Itali itu apabila tahap keyakinan – jika kekalahan 2-1 di Napoli Sabtu lalu menjadi penentu – kelihatan amat rendah.

Mandzukic diketepikan kerana belum pulih daripada kecederaan paha, manakala jentera tengah Juventus yang tidak berfungsi amat memerlukan Claudio Marchisio, yang juga mengalami kecederaan paha.

Satu-satunya berita baik untuk pemain Allegri akhir-akhir ini adalah kepulangan pertahanan/bek sayap mereka Stephan Lichsteiner selepas pulih dengan cepat.

ARTIKEL YANG SAMA