Rentak Les Blues terjejas

Rentak Les Blues terjejas

PARIS, 12 Nov (AFP) – Ugutan pita seks melibatkan Mathieu Valbuena dan sehingga menyebabkan bintang penyerang Karim Benzema didakwa jelas membayangi aksi persahabatan Perancis menentang Jerman esok.

Pasukan tersebut akan bertemu di Stade de France hanya sebelum sebelum undian akhir Euro 2016 diadakan di Paris bagi perlawanan di mana kedua-dua negara adalah di antara pasukan pilihan.

Tetapi prospek Les Blues sudah menjadi persoalan, dan rentak menarik mereka sekarang jelas tidak releven, dengan kejadian baru–baru ini.

Benzema minggu lalu didakwa terlibat mengugut dan berpakat melakukan tindakan jenayah – dakwaan yang membawa kepada hukuman penjara sekurang–kurangnya lima tahun – berhubung pita seks melibatkan Valbuena.

Benzema (kiri) bersama Cristiano Ronaldo semasa sesi latihan di Valdebebas Sport City di Madrid, 7 November 2015. – AFP
Benzema (kiri) bersama Cristiano Ronaldo semasa sesi latihan di Valdebebas Sport City di Madrid, 7 November 2015. – AFP

Beliau juga telah dilarang daripada bertemu Valbuena, dan berpotensi memberatkan transkrip perbualan telefon melibatkan penyerang Real Madrid itu dilaporkan secara meluas dalam media Perancis.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps telah membimbing empat kemenangan aksi persahabatan musim ini dan perlu untuk mengekalkan focus dalam bola sepak bagi perlawanan menentang Jerman dan England di Wembley, Selasa depan.

Benzema dan Valbuena digugurkan dari skuadnya, dengan Deschamps berkata ketiadaan itu kerana ‘keadaan piskologi’ sementara Benzema pula atas alasan kecergasan. Pada masa sama, dia berharap pemain lain boleh mendapatkan tempat dalam pasukan itu.

Benzema adalah pemain tengah cemerlang Perancis sementara pemain utama Lyon, Valbuena baru-baru ini meraih kap ke-50. Ketika skuadnya berhimpun bersama minggu ini, Deschamps berkata: “Saya telah memilih 23 pemain. Saya mempunyai keyakinan terhadap mereka.”