Rentak Nadal masih tumpul

Rentak Nadal masih tumpul

LONDON, 3 Julai (Reuters) – Ia jelas buat Rafa Nadal yang mengakui dia tidak mempunyai sebarang idea sama ada dia boleh menghasilkan semula rentak yang membantunya untuk memenangi dua gelaran Wimbledon selepas Dustin Brown memberikan aib keempatnya semalam.

Kejayaan Nadal dalam Wimbledon pada 2008 dan 2010 sekarang dilihat sudah lama dan rekodnya sejak 2011 dicemari dengan empat kekalahan kepada pemain ranking ke-100 atau lebih rendah lagi.

Brown adalah pesaing ranking terbawah yang baru untuk menewaskan Nadal di All England Club, merampas tumpuan dengan cuba untuk menyingkirkan pemain dari Sepanyol itu dari zon selesanya.

Pemain dari Jerman itu yang ayahnya seorang warga Jamaica adalah jauh dari satu dimensi dengan menggabungkan pukulan kencang dan pukulan biasa serta membuat kejutan di jaring.

Tetapi Brown, serupa seperti tiga penguasa Nadal, Lukas Rosol, Steve Darcis dan Nick Kyrgios, sudah pasti tidak dipedulikan ketika mereka menentang pemain dari Sepanyol itu apabila dia berada di kemuncak kemenangan Wimbledon.

Nadal terkeluar di pusingan awal Wimbledon buat empat kali berturut-turut. – Reuters
Nadal terkeluar di pusingan awal Wimbledon buat empat kali berturut-turut. – Reuters

“Saya tidak tahu jika saya akan kembali ke tahap 2008 atau 2007 atau 2006 atau 11,” Nadal memberitahu wartawan selepas kekalahannya 7-5, 3-6, 6-4, 6-4.

“Semangat saya adalah cuba untuk kembali ke tahap itu. Tetapi saya akan terus berusaha mengenainya. Tetapi jika saya tidak menghasilkannya,” tambahnya dengan mengingatkan dia adalah finalis lima kali Wimbledon.

Ia selalu menjadi tugasan yang sukar bagi Nadal, juara major 14 kali, untuk meningkatkan trend baru–baru ini dan memenangi gelaran Wimbledon ketiga tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA