Rentak Venus semakin pulih

Rentak Venus semakin pulih

WUHAN, China, 4 Okt (AFP) – Selepas lebih dari dua dekad dalam litar tenis profesional, Venus Williams semakin meningkat dan menunjukkan hanya sedikit petanda perlahan, mempamerkan salah satu musim paling kuat dalam masa beberapa tahun.

Pemain veteran dari AS itu memenangi gelaran Terbuka Wuhan semalam, kemenangan terbesarnya sejak 2010 dan gelaran ke-47 sepanjang kerjayanya apabila Garbine Muguruza terpaksa menarik diri pada set kedua.

“Saya tahu saya mendapatkan peluang saya. Tetapi saya tahu dengan Venus, ia adalah sukar. Dengan servisnya, dengan pukulannya, jika anda tidak 100 peratus,” kata pemain dari Sepanyol itu, 21, selepas pertandingan.

Bintang yang berusia 35 tahun itu, yang telah lama mendominasi tenis wanita bersama adiknya, Serena, dilihat dalam rentak di Wuhan dan persaraan adalah jauh dari mindanya.

Dia berkunjung ke Beijing seterusnya bagi Terbuka China dan mungkin layak bagi Final WTA penamat musim di Singapura, yang belum dicapainya sejak 2009.

“Saya merasakan tidak mahu beraksi dan saya melakukan segala yang mampu untuk bersedia beraksi. Saya mahu 100 peratus yang mungkin. Jadi ia adalah hasrat saya,” kata Williams mengenai pertandingan Beijing selepas kemenangannya di Wuhan.

Dan dia pasti akan kembali tahun depan, dengan pandangannya ditetapkan pada Olimpik 2016 di Rio.

“Ia adalah menarik untuk beraksi di sana, mewakili AS sekali lagi. Ia adalah satu penghormatan,” katanya.

Hari ini Williams kerap menentang pemain–pemain yang berbadan tinggi apabila kali pertama muncul dalam litar profesional pada 1994, tahun di mana pencabarnya di Wuhan, Muruguza dilahirkan.

Pada 2011 dia didapati mengalami Penyakit Sjogren, penyakit sistem imun yang kerap mengakibatkannya keletihan.

ARTIKEL YANG SAMA