‘RENTAS’ baru guna pakai standard antarabangsa

‘RENTAS’ baru guna pakai standard antarabangsa

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Sistem penyelesaian kasar dan depositori Sekuriti Hutang masa nyata (RENTAS) yang dilancarkan pada 19 Sept, kini mengguna pakai standard antarabangsa.

Dalam satu kenyataan hari ini, anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia (BNM), MyClear, berkata RENTAS baharu ini juga disambungkan kepada rangkaian pemesejan antarabangsa Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Seluruh Dunia (SWIFT).

Ia berkata pelancaran RENTAS baharu itu merupakan kemuncak kepada usaha selama beberapa tahun untuk mengantarabangsakan dan memodenkan infrastruktur pasaran kewangan Malaysia bagi menyokong penyelesaian pembayaran borong dan sekuriti dalam denominasi mata wang antarabangsa.

“Sejajar dengan matlamat pengantarabangsaan yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan BNM, RENTAS baharu telah menerima pakai standard antarabangsa yang disambungkan kepada rangkaian mesej SWIFT di seluruh dunia.

“Inisiatif ini meningkatkan kebolehcapaian dan kesalinghubungan pasaran kewangan Malaysia,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA