Replika kayu London abad ke-17 dibakar

Replika kayu London abad ke-17 dibakar

LONDON, 5 Sept – Replika kayu besar London abad ke-17 dibakar semalam di Sungai Thames bagi memperingati ulang tahun ke-350 Great Fire of London yang memberi laluan kepada pembinaan bandar moden.

Orang ramai yang menyaksikan acara tersebut berhimpun di sungai itu untuk menyaksikan model kayu sepanjang 120 meter itu dibakar. Mereka yang menyaksikan mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar mereka ketika api membakar replika bangunan yang terapung-apung di air.

Pembakaran model London – seperti suasana pada 2 September 1666, dilakukan oleh ‘burn artist’ AS, David Best disiarkan secara langsung dalam talian. Great Fire bermula di kedai roti Thomas Farrinor, Pudding Lane dan terbakar hingga 5 September yang memusnahkan 80 peratus bandar itu yang kebanyakan temboknya dibuat daripada kayu.

Replika abad ke-17 London yang terapung di Sungai Thames dibakar bagi memperingati ulang tahun ke-350 Great Fire of London, kelmarin. – AFP
Replika abad ke-17 London yang terapung di Sungai Thames dibakar bagi memperingati ulang tahun ke-350 Great Fire of London, kelmarin. – AFP

Kira-kira 70,000 dari 80,000 orang penduduk hilang tempat tinggal akibat bencana itu. Apabila kebakaran dipadamkan sejumlah 13,200 buah rumah, 87 buah gereja termasuk Gereja besar Saint Paul’s telah musnah.

London hari ini, dengan ciri-ciri seni bina Inggeris Baroque dan batu kelabu Portland telah dibina dari abu bandar kayu, meskipun susun atur jalan lama dikekalkan untuk menghormati hak cipta harta.

Membentuk semula kebakaran semalam adalah sebahagian dari siri-siri acara untuk memperingati ulang tahun kebakaran itu, dengan meraikan kemampuan bandar itu yang telah dibina semula dan berkembang maju. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA