Replika ‘Mayflower’ dibaik pulih untuk tatapan sejarah

Replika ‘Mayflower’ dibaik pulih untuk tatapan sejarah

PLYMOUTH – The Mayflower II, replika kapal yang membawa pengunjung dan penziarah ke pantai Amerika pada 1620, sedang menerima perubahan besar.Perubahan ini bukan sekadar perubahan kosmetik malah ia adalah perubahan yang besar-besaran.

Badan kapal kelihatan sedang mereput manakala kumbang-kumbang pula sedang memakan dengan lahap seperti mengadakan satu kenduri di beberapa kayunya. Apa yang penting separuh daripada kayu yang terletak di bawah garis air perlu diganti.

“Kami mempunyai masalah yang besar khususnya di seluruh kapal,” kata Whit Perry, pengarah pemuliharaan laut dan operasi di Plimoth Plantation, yang menegaskan replika yang dibina oleh Britain dan belayar ke AS itu sebagai satu hadiah persahabatan pada tahun 1957.

“Kapal ini memerlukan kerja-kerja pembaikan rangka struktural dan papan. Tanpa projek pada skala ini, ia hanya menunggu masa sahaja dan ia adalah tragik,” tambah Perry kepada wartawan AP.

Kapal ini akan dibaik pulih dalam masa dua setengah tahun dan seorang tukang yang berkemahiran tinggi dalam bidang Pemuliharaan, Henry Bdupont akan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan itu di bandar pelabuhan Mystic di Connecticut. Perbelanjaan bagi membaik pulih kapal ini dianggarkan berjumlah AS$7.5 juta. Kapal ini akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan diteruskan dengan sambutan pesta ulang tahun kapal tersebut ke-400 tahun.

Kira-kira 25 juta orang dari seluruh dunia telah menaiki kapal berusia 60 tahun itu. – AP
Kira-kira 25 juta orang dari seluruh dunia telah menaiki kapal berusia 60 tahun itu. – AP
Pemilik kapal akan menggunakan kayu oak putih dari Connecticut, Massachusetts, Kentucky dan Virginia, dan 20,000 unit kayu yang diimport dari Denmark. – AP
Pemilik kapal akan menggunakan kayu oak putih dari Connecticut, Massachusetts, Kentucky dan Virginia, dan 20,000 unit kayu yang diimport dari Denmark. – AP

Fokus kunjungan orang ramai

Kira-kira 25 juta orang dari seluruh dunia telah menaiki kapal berusia 60 tahun itu. Beberapa generasi pelajar kanak-kanak telah pun memanjat atas dan bawah dek untuk mempelajari mengenai Mayflower asal dan peneroka yang dibawanya ke Dunia Baru.

Namun pada ‘Hari Kesyukuran’ baru-baru ini, tidak adanya apa-apa kecuali satu himpitan kosong di kawasan dermaga berhampiran Plymouth Rock, di mana harta karun negara biasanya disimpan.

Ia tidak akan kembali sehingga tahun 2019 daripada dok kering di Mystic, di mana satu kamera digital telah pun dipasang untuk memberikan pemandangan 24 jam pembinaan semula itu. “Ia adalah satu peluang untuk memelihara sejarah dan membenarkan berjuta-juta orang mengalaminya,” kata jurucakap Plantation Kate Sheehan.

“Imigresen, perjalanan, di mana kami berasal dan itu adalah satu soalan amat mendalam malah mereka benar-benar relevan dalam persekitaran politik kami sekarang.”

Penyelenggaraan masa depan

Walaupun kempen pembiayaan daripada orang ramai untuk mengumpul $250,000 gagal memenuhi matlamat pada bulan ini, Sheehan berkata penderma persendirian, penaja korporat dan agensi kerajaan setakat ini telah menyumbang lebih daripada $7 juta. Matlamat utama adalah mengumpul $12 juta dan mewujudkan rizab tunai untuk penyelenggaraan masa depan kapal tersebut.

“Adalah penting untuk memeliharanya,” kata Harold Closter, pengarah Smithsonian Affiliations, perkongsian yang termasuk Plantation dan Mayflower II. “Kapal itu sendiri, walaupun ia merupakan satu replika, adalah satu ikon utama rakyat Amerika.”

Mayflower II akan dipulihkan dan dipasang semula menggunakan bahan dan kaedah yang sama yang digunakan untuk membinanya. – AP
Mayflower II akan dipulihkan dan dipasang semula menggunakan bahan dan kaedah yang sama yang digunakan untuk membinanya. – AP

Perry mengambil alih pengawasan Mayflower II dan projek pembaik pulih pada 2014, selepas menghabiskan satu dekad menjaga kapal yang sama di Jamestown, Virginia. Langkah pertama adalah apa yang digelarnya “pembedahan tinjauan” – mengalih papan dan menjalankan imbasan perkakasan besi untuk memahami skop kerosakan sepenuhnya.

Pakar memutuskan kapal sebesar 106-kaki itu berada dalam keadaan yang baik untuk kapal kayu yang terdedah kepada elemen selama enam dekad. Ia adalah berita baik, disebabkan membuang kapal dan membina Mayflower baru daripada asas adalah satu pilihan yang pernah dipertimbangkan dan akan menelan kos A$15 juta.

Namun mereka juga menemui banyak bahagian yang reput dan kemerosotan lain yang memerlukan mereka memperbaharui 40 peratus hingga 50 peratus daripada kapal.

Serangan serangga

Satu lagi penemuan yang tidak menyenangkan iaitu sejenis spesies kumbang yang biasanya hidup di tanah entah bagaimana boleh memasuki kapal dan menyerang bahagian bawah kapal. Perry menegaskan serangan tersebut hanyalah ‘satu gangguan kecil’ kerana kayu yang dimakan oleh kumbang memang perlu diganti.

Mayflower II akan dipulihkan dan dipasang semula menggunakan bahan dan kaedah yang sama yang digunakan untuk membinanya. Pemilik kapal akan menggunakan kayu oak putih dari Connecticut, Massachusetts, Kentucky dan Virginia, dan 20,000 unit kayu yang diimport dari Denmark.

“Kapal itu akan sedia digunakan untuk jangka hayat 60 tahun akan datang,” kata Perry. “Pada 2019, mudah-mudahan kami akan melihatnya belayar kembali ke Plymouth dengan penuh gemilang. Ia adalah satu prospek yang amat menarik untuk saya.” – AP