Replika MH370 diapungkan bagi bantu pencarian tapak nahas

Replika MH370 diapungkan bagi bantu pencarian tapak nahas

SYDNEY, 24 Ogos – Replika serpihan besar daripada jet Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diapungkan dan dijejaki oleh satelit dalam harapan membantu mencari tapak nahas kapal terbang itu, kata pegawai Australia hari ini.

Canberra sedang memimpin usaha mencari pesawat udara yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan sedang menyiasat dasar Lautan India di luar pantai barat Australia.

Dalam satu pengemaskinian mengenai usaha mencari di bawah permukaan air, yang setakat ini gagal menemui sebarang serpihan daripada kapal terbang, kerajaan Australia berkata satu kajian model hanyutan baru akan dilakukan.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) kerajaan berkata sementara pakar telahpun mengusahakan model hanyutan serpihan MH370 sejak 18 bulan lalu, “satu kajian intensif akan dilakukan seterusnya.”

Model yang dimaksudkan adalah serpihan pertama yang ditemui daripada MH370 – sayap sepanjang dua meter yang dikenali sebagai flaperon – yang dihanyutkan di pulau Lautan India Perancis Reunion pada Julai 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA