Republik Czech pertahan kejuaraan Piala Fed

Republik Czech pertahan kejuaraan Piala Fed

PRAGUE, 16 Nov (AFP) – Pasukan Republik Czech mempertahankan kejuaraan Piala Fed selepas menewaskan Rusia, 3-2 pada saingan final yang berlangsung di Arena Prague’s 02 semalam.

Gandingan Karolina Pliskova dan Barbora Strycova memastikan kejuaraan kali keempat itu hadir dalam tempoh lima tahun, selepas menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dan Elena Vesnina pada aksi terakhir kejohanan.

Mereka mencatatkan kemenangan 4-6, 6-3, 6-2 untuk meraih kejayaan keseluruhan pasukan, 3-2 menerusi lima perlawanan.

Pemain Republik Czech Lucie Safarova (tengah) dan rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka bersama trofi selepas muncul juara Piala Fed di Prague, Republik Czech pada 15 November 2015. – Reuters
Pemain Republik Czech Lucie Safarova (tengah) dan rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka bersama trofi selepas muncul juara Piala Fed di Prague, Republik Czech pada 15 November 2015. – Reuters

Kejayaan itu membolehkan Republik Czech meraikan kejayaan meraih kejuaraan Piala Fed dalam tempoh lima tahun dalam kejohanan yang disifatkan sebagai Piala dunia bagi tenis wanita – dan mereka berjaya meskipun bintang Rusia Maria Sharapova memenangi kedua-dua perlawanan perseorangannya pada hujung minggu.

Terdahulu, Maria Sharapova bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Petra Kvitova 3-6, 6-4, 6-2 dalam perseorangan timbal balik bagi membolehkan Russia mendahului 2-1.

Pliskova kemudian membantu negaranya menyamakan kedudukan dengan mengalahkan Pavlyuchenkova 6-3, 6-4.

ARTIKEL YANG SAMA