Republikan ‘resah’ gelagat Donald Trump

Republikan ‘resah’ gelagat Donald Trump

WASHINGTON, 9 Ogos (AFP) – Para penganjur acara parti Republikan semalam menarik balik jemputan bakal calon presiden Donald Trump selepas beliau menyatakan bahawa moderator perdebatan bersikap keras ke atasnya kerana ketika itu sedang menstruasi.

Ulasan itu mencetuskan kritikan hebat baru ke atas Trump ketika beliau berusaha mendapatkan pencalonan parti itu bagi pilihan raya presiden tahun depan dan ketika ini mendahului dalam tinjauan.

Jutawan yang kerap lantang mengeluarkan pendapat “kurang disenangi” itu dimarahi oleh pengurusan partinya ekoran tuduhannya yang menyebabkan Megyn Kelly dari badan penyiaran Fox News’ – salah seorang moderator pada perdebatan bagi calon presiden Republikan Khamis lepas – memarahinya kerana reaksi kasar beliau.

Trump kemudian pada Jumaat lepas memberitahu CNN bahawa Kelly “adalah seseorang yang saya tidak hormati.”

“Anda boleh lihat ada darah keluar daripada matanya, darah beliau keluar daripada mana-mana,” tegasnya lagi.

Gambar fail bertarikh 6 Ogos 2015 menunjukkan Donald Trump berucap pada sesi perdebatan anjuran Republikan di Quicken Loans Arena di Cleveland, Ohio. – AFP
Gambar fail bertarikh 6 Ogos 2015 menunjukkan Donald Trump berucap pada sesi perdebatan anjuran Republikan di Quicken Loans Arena di Cleveland, Ohio. – AFP

Kenyataan tersebut menyebabkan satu acara penting Republikan di Atlanta – Perhimpunan RedState – menarik balik jemputan untuk Trump berucap pada semalam.

“Saya secara peribadi hormati Donald Trump, tetapi ulasannya mengenai Megyn Kelly melalui CNN adalah keterlaluan bagi saya,” kata cerdik pandai konservatif Erick Erickson, yang menghoskan acara aktivis RedState tersebut.

Sementara itu, kempen Trump memberitahu beberepa media Amerika Syarikat semalam bahawa beliau memecat penasihat politik tertinggi Roger Stone, ketika kontroversi semakin memuncak.

“Roger mahu menggunakan kempen untuk publisiti peribadi…dan Trump mahu mengekalkan fokus kempen ke atas bagaimana untuk Menjadikan Amerika Hebat Semula,” jurucakap kempen memberitahu CNN.