Republikan sasar Clinton sebagai calon presiden – Podliska

Republikan sasar Clinton sebagai calon presiden – Podliska

WASHINGTON, 11 Okt – Bekas penyiasat panel kongres yang sedang menyiasat serangan 2012 ke atas misi Amerika yang mengakibatkan kematian di Benghazi, Libya menuduh pihak Republikan menyasarkan calon presiden Hillary Clinton.

Mejar Bradley Podliska sedang bersiap sedia untuk memfailkan tindakan undang-undang persekutuan ke atas Jawatankuasa Pemilihan Dewan berhubung Benghazi bulan depan, dengan mengatakan dia dipecat sebahagiannya kerana dia membantah keputusan panel yang menumpukan peranan Clinton ketika dia mengetuai Jabatan Negara AS.

Bekas setiausaha negara itu adalah calon yang disebut-sebut akan menang dalam persaingan Demokrat bagi pencalonan presiden bagi tahun 2016.

Podliska, seorang pegawai perisikan Simpanan Pasukan Udara yang menyifatkan dirinya sendiri sebagai Republikan konservatif, juga mendakwa dia telah kehilangan pekerjaan kerana dia bercuti beberapa minggu dari jawatankuasa untuk memenuhi tanggung jawab perkhidmatan tenteranya dan jika benar, itu adalah pemecatan menyalahi undang-undang.
“Para keluarga mangsa tidak akan mendapat kebenaran dan itu adalah perkara paling malang.”

Calon presiden Demokrat Hillary Clinton menyampaikan ucapan di Anugerah tahunan Gala Kongres Hispanik Kaukus Institute Ke-38 di Washington pada 8 oktober lalu. – Reuters
Calon presiden Demokrat Hillary Clinton menyampaikan ucapan di Anugerah tahunan Gala Kongres Hispanik Kaukus Institute Ke-38 di Washington pada 8 oktober lalu. – Reuters

Podlisak telah berkhidmat hampir 10 bulan dalam panel itu sebelum dia dipecat pada lewat Jun. Bagaimanapun jawatankuasa itu sekeras-kerasnya mempertikaikan dakwaan Podliska. Ia menegaskan dia dipecat dengan alasan, disebabkan ‘sikap berat sebelah tidak elok terhadap Clinton dan anggota lain dalam pentadbiran Presiden Barack Obama.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Podliska telah memilih untuk menggunakan sumber-sumbernya untuk mewujudkan ‘sasaran’ berkuasa ke atas anggota pentadbiran Obama – termasuklah setiausaha Clinton. Ia menambah kata alasan pemecatannya ‘secara langsung bercanggah dengan kenyataan terbaharunya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA