Resepsi 30 tahun Kedutaan Jerman

Resepsi 30 tahun Kedutaan Jerman

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Brunei Darussalam telah merancang untuk membina bangunan kedutaan baru di Berlin dan satu permit pembinaan telah pun diperolehi.

Dengan adanya bangunan baru kedutaan Brunei di Berlin yang dirancang akan terletak di belakang Kementerian Pertahanan di Potsdamer Platz itu, akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada di antara Brunei dan Jerman.

Perkara ini dinyatakan oleh Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Grafe dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Sambutan 30 Tahun Kedutaan Jerman di Brunei Darussalam yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, di sini, malam ini.

Dalam ucapannya itu, Tuan Yang Terutama juga menyentuh mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara dalam pelbagai aspek antaranya dari segi produk-produk dan peralatan industri di sektor minyak dan gas serta sektor hospital dan kesihatan.

Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin dan TYT Roland Grafe memotong kek Sempena 30 Tahun Kedutaan Jerman di Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin dan TYT Roland Grafe memotong kek Sempena 30 Tahun Kedutaan Jerman di Negara Brunei Darussalam.
TYT Roland Grafe menekankan hubungan dua hala yang terjalin di antara Brunei Darussalam dan Republik Persekutuan Jerman.
TYT Roland Grafe menekankan hubungan dua hala yang terjalin di antara Brunei Darussalam dan Republik Persekutuan Jerman.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan piano oleh Caroline Fischer diikuti dengan memotong kek dan jamuan makan malam.

ARTIKEL YANG SAMA