Resepsi Hari Kemerdekaan Pakistan ke-70

Resepsi Hari Kemerdekaan Pakistan ke-70

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi sempena Sambutan Hari Pakistan ke-70 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Hadir mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat

Semasa berucap pada majlis itu, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey yang juga merupakan Charge d’Affairs sementara berkata, selaras dengan objektif dasar luarnya, Pakistan bangga mempunyai hubungan yang sangat rapat dan persaudaraan dengan Brunei Darussalam.

Upacara memotong kek Sambutan Hari Pakistan ke-70.
Upacara memotong kek Sambutan Hari Pakistan ke-70.
Antara yang hadir pada majlis resepsi berkenaan, malam tadi.
Antara yang hadir pada majlis resepsi berkenaan, malam tadi.

“Kemesraan ditunjukkan melalui kerjasama pelbagai sektor di bawah naungan suruhanjaya dan yang paling penting dalam Pakistan-Brunei Investment Company,” tambahnya.

Terdahulu acara dimulakan dengan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan kemudian disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Majlis turut diserikan dengan upacara memotong kek yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis bersama Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA