Resepsi KAIB

Resepsi KAIB

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Para pembentang kertas kerja pada Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-8 yang berlangsung selama dua hari, sehingga hari ini, telah diraikan dalam majlis makan malam yang diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), malam tadi.

Majlis berkenaan telah dihoskan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEU, rektor-rektor atau raes Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Teknologi MARA Sarawak dan Universiti Teknologi MARA Sabah, serta para pembentang dari dalam dan luar negara.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad (tengah) turut hadir di majlis tersebut.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad (tengah) turut hadir di majlis tersebut.

Majlis telah didahului dengan bacaan ayat suci Al-Quran secara berkumpulan oleh Haji Mohd Noor bin Haji Ibrahim dan Awang Zulhafiz bin Awang Tengah.

Kemudian majlis diserikan dengan persembahan Tausyeh oleh mahasiswa UNISSA dan sajak oleh mahasiswi UNISSA.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Awang Mohd Yusri bin Haji Abdul Majid.

ARTIKEL YANG SAMA