Resepsi makan malam rai persahabatan Pakistan, Brunei Darussalam

Resepsi makan malam rai persahabatan Pakistan, Brunei Darussalam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Angkatan Tentera Laut Pakistan, malam ini, telah menganjurkan resepsi makan malam yang berlangsung di atas Kapal Tentera NASR Pakistan yang sedang berlabuh di Pelabuhan Muara.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah yang sama-sama memotong kek bersempena persahabatan kedua-dua buah negara.

Turut hadir ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik serta ketua-ketua perwakilan negara asing ke Negara Brunei Darussalam.

Majlis yang berlangsung di atas Kapal Tentera NASR itu adalah sebagai tradisi semasa berlabuh di sesebuah negara dan juga sebagai tanda persahabatan di antara Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis pemotongan kek menandakan persahabatan kukuh di antara Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis pemotongan kek menandakan persahabatan kukuh di antara Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih semasa menghadiri resepsi makan malam tersebut.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih semasa menghadiri resepsi makan malam tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA