Resepsi rai Hari Kebangsaan Bangladesh di Belait

Resepsi rai Hari Kebangsaan Bangladesh di Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 25 Mei – Kedutaan Besar Bangladesh di negara ini, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Resepsi bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan ke-45 tahun Bangladesh di Dewan Hotel Sutera Biru, di sini, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman dan isteri, dan turut dihadiri oleh Duta Besar Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan di beberapa buah agensi kerajaan seperti Jabatan Daerah, Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen serta beberapa warga Bangladesh dalam kalangan peniaga-peniaga dan pekerja profesional di negara ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, TYT Mohammed Abdul Hye berkata sambutan itu sebagai menandakan penghargaan kepada pengasas Bangladesh Bangabandu Sheikh Mujibur Rahman, yang juga telah menjadikan kebebasan, demokrasi dan kemerdekaan ke atas negara itu menjadi realiti.

Haji Haris dan TYT Mohammed Abdul Hye memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan Bangladesh ke-45 tahun.
Haji Haris dan TYT Mohammed Abdul Hye memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan Bangladesh ke-45 tahun.

Di malis itu, Haji Haris dan TYT Mohammed Abdul Hye sama-sama memotong kek sambutan berkenaan, disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat dan isteri.

ARTIKEL YANG SAMA