Resepsi rai Hari Perpaduan Jerman

Resepsi rai Hari Perpaduan Jerman

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Bersempena dengan Hari Perpaduan Jerman ke-26 tahun, Kedutaan Besar Jerman di Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Malam Resepsi di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan isteri, Datin Hajah Sarimah binti Haji Umar.

Turut hadir ialah duta-duta besar ke Negara Brunei Darussalam dan para jemputan khas.

Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam, Roland Grafe dalam ucapannya telah melahirkan perasaan gembira dalam sama-sama meraikan hari yang begitu bermakna bagi Jerman.

Menteri Pendidikan dan Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam memotong kek Hari Perpaduan Jerman ke-26.
Menteri Pendidikan dan Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam memotong kek Hari Perpaduan Jerman ke-26.
Roland Grafe semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Malam Resepsi di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson.
Roland Grafe semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Malam Resepsi di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson.

Beliau juga menyentuh mengenai beberapa aktiviti yang telah diadakan oleh Kedutaan Jerman di negara ini dalam sama-sama meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara dalam pelbagai aspek seperti bidang pendidikan, perubatan dan banyak lagi.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan perasaan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-mana pihak yang telah berkerjsama dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada di antara Brunei dan Jerman.

Majlis resepsi berkenaan telah diserikan lagi dengan acara memotong kek dan jamuan makan malam.

ARTIKEL YANG SAMA