Resepsi ulang tahun Vietnam

Resepsi ulang tahun Vietnam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Kedutaan Republik Sosialis Vietnam di Brunei Darussalam, hari ini, menghoskan majlis resepsi bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Vietnam ke-70 di Hotel Antarabangsa Rizqun di Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar serta isteri, Datin Paduka Hajah Hasiah binti Haji Hashim.

Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat serta datin ialah Duta Besar Republik Sosialis Vietnam ke Brunei, Tuan Yang Terutama Nguyen Truong Giang serta isteri, Do Quynh Le.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah dan TYT Nguyen Truong Giang bersama isteri masing-masing serta para ketua perwakilan negara ASEAN yang lain sama-sama memotong kek.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah dan TYT Nguyen Truong Giang bersama isteri masing-masing serta para ketua perwakilan negara ASEAN yang lain sama-sama memotong kek.
TYT Nguyen Truong Giang ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Resepsi Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-70 Republik Sosialis Vietnam.
TYT Nguyen Truong Giang ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Resepsi Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-70 Republik Sosialis Vietnam.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Yang Terutama Nguyen Truong Giang.

Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama kemudian memotong kek ulang tahun Hari Kebangsaan Vietnam bersama isteri masing-masing serta para perwakilan negara-negara anggota ASEAN, sebelum diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat serta datin.

Majlis turut menyaksikan tayangan video pendek yang memaparkan keindahan dan keramahan rakyat Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA