Resort World Genting dinobat resort tema terkemuka Asia

Resort World Genting dinobat resort tema terkemuka Asia

GENTING HIGHLANDS, 26 Nov (Agensi) – Resort World Genting memenangi anugerah pada majlis Anugerah Pelancongan Dunia 2015, baru-baru ini. Resort World Genting dinobatkan sebagai Resort Tema Terkemuka Asia, pada majlis yang berlangsung di Hong Kong.

Presiden Genting Malaysia Berhad dan Ketua Pegawai Operasi, Datuk Seri Lee Choong Yan, berkata falsafah \ʼbesar dan unik’ yang digunakan resort itu amat bertepatan apabila ia menerima kira-kira 20 juta pengunjung setahun dan sudah wujud selama lebih lima dekad.

“Menghiburkan 20 juta pengunjung adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya rasa pengunjung kembali semula ke Genting kerana ia benar-benar luar biasa,” katanya.

Datuk Seri Lee Choong (tengah) menerima anugerah daripada Timbalan Presiden Anugerah Pelancongan Dunia, Christ Frost (kanan). – Agensi
Datuk Seri Lee Choong (tengah) menerima anugerah daripada Timbalan Presiden Anugerah Pelancongan Dunia, Christ Frost (kanan). – Agensi

Beliau berkata, kemenangan itu juga adalah satu pengiktirafan kepada kerja keras dan dedikasi 14,000 kakitangan resort berkenaan.

Anugerah Pelancongan Dunia telah dilabel sebagai ‘Oscar’ dalam industri pelancongan oleh Wall Street Journal dan penerima anugerah dipilih oleh industri profesional di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA