Restoran All Seasons hidang bufet sungkai

Restoran All Seasons hidang bufet sungkai

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Restoran All Seasons di Hotel Parkview, Jerudong yang membuka pintunya kepada pengunjung beberapa minggu lalu kini tampil dengan bufet sungkai sepanjang bulan Ramadan ini.

Terletak di tingkat satu hotel tersebut, All Seasons menyediakan pelbagai hidangan seperti kambing lada sulah, kepingan isi ikan dengan sos mangga Thai, ayam madu pedas, udang kelapa dan bermacam lagi.

Selain hidangan utama, restoran itu turut menyediakan hidangan dim sum, BBQ bun, kaki ayam dan sajian istimewa mereka iaitu itik Beijing.

Para pelanggan memilih makanan daripada pelbagai juadah yang disediakan
Para pelanggan memilih makanan daripada pelbagai juadah yang disediakan

Pelanggan yang membayar dengan menggunakan kad kredit BIBD, akan menikmati potongan 20 peratus diskaun manakala pada setiap Sabtu, pemegang kad BIBD akan menikmati diskaun sehingga 30 peratus.

Sementara pelanggan Standard Chartered pula akan diberikan potongan 35 peratus daripada setiap transaksi jika membayar menggunakan kad StanChart.

ARTIKEL YANG SAMA