Restoran All Seasons tawar bufet sungkai

Restoran All Seasons tawar bufet sungkai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran All Seasons (Times Square) turut menawarkan hidangan bufet sungkai dengan menyajikan pelbagai hidangan istimewa.

Sebagai hidangan utama, restoran berkenaan menampilkan daging masak lada sulah, ketam dengan telur masin, Butter Milk Prawn, ikan kari dan ayam serta bermacam-macam lagi.

Manakala itu, hidangan pembuka mulut pula termasuk dumpling, cheung fun chicken, century egg spoon dan banyak lagi, di samping pelbagai jenis dim sum seperti siew mai udang dan ban barbeku yang digemari ramai.

Lebih menarik, bufet ini juga menampilkan hidangan istimewa iaitu itik Beijing.

Antara hidangan yang boleh didapatkan di bufet sungkai All Seasons, Times Square.
Antara hidangan yang boleh didapatkan di bufet sungkai All Seasons, Times Square.

Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan mendapat potongan harga 20 peratus sepanjang bulan Ramadan ini, manakala pada setiap Sabtu pula, pemegang kad kredit BIBD itu akan mendapat diskaun sehingga 30 peratus.

Sementara itu, bagi pelanggan yang menggunakan kad Bank Standard Chartered pula akan diberikan potongan 35 peratus pada setiap transaksi.

ARTIKEL YANG SAMA