Restoran baru saji 50 jenis hidangan Pakistan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Sebuah restoran yang menyajikan masakan dari Pakistan, Restoran Kohi Noor Tandoor Pakistan kini dibuka di Kiulap dengan majlis perasmiannya hari ini.

Perasmian restoran tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.

Restoran berkenaan yang dimiliki oleh Muhammad Sawar yang juga ketua cef restoran tersebut, menawarkan lebih 50 jenis makanan tradisi Pakistan daripada hidangan pencuci mulut hinggalah hidangan utama.

Di majlis itu, Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan serta tetamu yang terdiri daripada diplomat asing ke Brunei berpeluang mencuba hidangan dari negara tersebut.

Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan merasmikan Restoran Kohi Noor Tandoor Pakistan, di Kiulap.
Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan merasmikan Restoran Kohi Noor Tandoor Pakistan, di Kiulap.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan turut menekankan supaya pemilik dan kakitangan restoran menjaga dan mengekalkan tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disajikan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, sempena Hari Kemerdekaan Pakistan ke-71 tahun, restoran berkenaan juga menawarkan potongan harga 20 peratus selama dua minggu.