Restoran Choices perkenal menu baru

Restoran Choices perkenal menu baru

Oleh Lyna Muhamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Brunei Hotel bekerjasama dengan butik-butik Joenah dan Chicco untuk memperkenalkan promosi makanan barunya di Restoran Choices bermula esok (26 Oktober) hingga 15 November.

Chicco merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pakaian anak damit dan ibu, yang mana, jenama Itali ini pertama kali membuat kemunculan di negara ini sekitar Mei tahun lalu.

Sementara itu, Butik Joenah dibuka pada 2004 dengan menawarkan pelbagai barangan fesyen seperti beg, gaun, baju dan aksesori.

Di bawah promosi ini, pelanggan yang berbelanja di salah satu butik berkenaan akan mendapat baucar 15 peratus untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan sementara itu, pelanggan yang berbelanja di Restoran Choices akan mendapat baucar diskaun daripada butik tersebut.

Antara hidangan utama yang diperkenalkan di Restoran Choices bermula hari ini.
Antara hidangan utama yang diperkenalkan di Restoran Choices bermula hari ini.

Cef Dian Indra telah menyediakan lima pilihan sos perap buatan sendiri untuk hidangan-hidangan terpilih yang merangkumi Chermula, Cajun, Blackened dan Coriander & Pesto.

Sementara itu, pilihan hidangan utama pula termasuk Nolan Rib-Eye, Tiger Prawn, Beef Short Rib, Salmon Fillet, Lamb Chop, Snapper Fillet dan Boneless Chicken yang disajikan bersama sayur-sayuran/salad dan nasi pilau yang menyelerakan di samping minuman teh lemon ais.

Pada masa yang sama, para pelanggan yang menikmati hidangan di restoran berkenaan dalam tempoh promosi berkenaan dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya $30 akan menerima baucar makan $5, yang sah sehingga 31 Disember 2015.

ARTIKEL YANG SAMA