Restoran Choices turut promosi Bufet Sungkai

Restoran Choices turut promosi Bufet Sungkai

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Restoran Choices di The Brunei Hotel turut tidak ketinggalan menawarkan promosi Bufet Sungkai sempena bulan Ramadan tahun ini, dengan mengetengahkan pelbagai hidangan tempatan dan luar negara.

Antara hidangan yang disajikan adalah daging goreng kunyit, tumis sayuran tempe tauhu, oatmeal butter fish fillet, sayur londeh dan banyak lagi.

Sebagai tambahan, Daging Wellington dan Ayam Galantine yang popular juga disajikan dalam promosi bufet itu.

Sementara itu, hidangan pencuci mulut pula menampilkan kuih muih tempatan.

Sepanjang promosi ini juga, setiap perbelanjaan $30 ke atas dalam satu resit, pelanggan akan menerima baucar restoran secara percuma.

Pelbagai hidangan tempatan dan luar negara ditampilkan semasa promosi Bufet Sungkai itu.
Pelbagai hidangan tempatan dan luar negara ditampilkan semasa promosi Bufet Sungkai itu.
Antara sajian menyelerakan yang dihidangkan untuk pilihan berbuka puasa.
Antara sajian menyelerakan yang dihidangkan untuk pilihan berbuka puasa.

ARTIKEL YANG SAMA