Restoran D’Hasrin lancar menu baru

Restoran D’Hasrin lancar menu baru

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Sebuah restoran berkonsepkan makanan Malaysia, Restoran D’Hasrin yang terletak di Jerudong Park Food Court (JPMC), telah melancarkan menu baru.

Salah satu menu baru yang menarik perhatian ialah Sotong King iaitu hidangan sotong yang digoreng dengan tepung.

Majlis pelancaran menu berkenaan telah diadakan malam tadi dan disempurnakan oleh Setiausaha Pertama (Penerangan) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Fadilah binti Roy Ismail selaku tetamu kehormat majlis.

Pemilik restoran, Haji Mohd Hasrin bin Haji Abdul Karim ketika ditemu bual Media Permata menjelaskan bahawa menu yang mereka sajikan ialah berkonsepkan cita rasa Malaysia dan cef mereka merupakan bekas cef di Taman Tema di Johor.

Pemilik Restoran D’Hasrin bergambar ramai.
Pemilik Restoran D’Hasrin bergambar ramai.
Pengunjung bergambar dengan hidangan Sotong King.
Pengunjung bergambar dengan hidangan Sotong King.

Terdapat dua jenis nasi yang disajikan iaitu Nasi Lemak Harimau Malaya dan Nasi Tomato Harimau Malaya.

Selain itu, juga terdapat menu-menu lain seperti Daging Sapi, Ayam Berempah, dan Ikan Rumahan yang sesuai dimakan bersama Nasi Lemak Harimau Malaya, manakala itu, Tongking, Kambing Bakar dan Chicken Wing sesuai dimakan bersama Nasi Tomato Harimau Malaya.

Restoran D’Hasrin juga merupakan restoran yang bergabung bersama Restoran Haska, iaitu restoran yang dikenali dengan menu tongking dan sayap madu di JPFC.

ARTIKEL YANG SAMA