Restoran Dynasty tampilkan ‘Gemeresik Sahur Bufet’

Restoran Dynasty tampilkan ‘Gemeresik Sahur Bufet’

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Restoran Dynasty kini menampilkan promosi bufet sahur yang bertemakan “Gemeresik Sahur Bufet” di samping juga menawarkan bufet bagi berbuka puasa.

Promosi sahur ini bermula pada jam 11 malam sehingga 1.30 pagi menampilkan pelbagai jenis pilihan Dim Sum antaranya Siew Mai, Kaki Ayam, Ban Ayam BBQ, Cheung Fun Udang dan Rol Rumpai Laut.

Selain itu Dynasty turut menyediakan makanan utama seperti Nasi Goreng, Mi Goreng dan banyak pilihan makanan utama yang berasaskan kepada masakan ala Cina bagi juadah sahur pelanggan yang datang ke sana.

Restoran itu beroperasi pada setiap hari bermula pada jam 3 petang sehingga 1.30 pagi dan menyediakan tempahan makanan dibawa balik bermula 3 petang dan ala carte boleh dinikmati selepas acara berbuka puasa pada setiap hari di bulan Ramadan ini.

Barisan Dim Sum yang digemari ramai di Restoran Dynasty sempena promosi bufet sahur sepanjang Ramadan ini.
Barisan Dim Sum yang digemari ramai di Restoran Dynasty sempena promosi bufet sahur sepanjang Ramadan ini.

ARTIKEL YANG SAMA