Restoran Dynasty tawar promosi Hari Raya

Restoran Dynasty tawar promosi Hari Raya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Restoran Dynasty menawarkan pakej Perhimpunan Hari Raya bagi keluarga dan rakan, yang telah pun bermula pada Hari Raya pertama hingga akhir Julai 2016 ini.

Dalam promosi berkenaan, pelanggan boleh memilih daripada empat set menu berlainan yang terdiri daripada hidangan raya yang mesti ada bersama hidangan masakan cina yang dihidangkan secara set.

Pakej yang memberikan minuman kordial secara berterusan dengan percuma itu boleh dinikmati sehingga 30 orang, dengan harga set berlainan.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk daging stik cina, ayam bakar sos malat, sotong Kung Po, filet ikan sos Thai, daging goreng Wok dengan rebung, ikan stim cara Cheow Chew dan banyak lagi.

Selain itu, bermula 6 Julai hingga 5 Ogos, katering luar RBC turut menawarkan menu segar Hari Raya untuk pelanggan yang ingin mengadakan rumah terbuka.

Sebanyak enam jenis menu boleh dipilih dan antara hidangan popular yang ditawarkan termasuk ayam mini, Sate Quiche, ayam masak kunyit kedayan, ikan masak merah madu, daging rendang ‘Tok lemang’ dan banyak lagi.

Jumlah minimum bagi katering luar ini adalah seramai 30 orang dan 20 orang bagi persediaan set.

ARTIKEL YANG SAMA