Restoran Express perkenal khidmat penghantaran makanan

Restoran Express perkenal khidmat penghantaran makanan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Restoran makanan segera Express kini telah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan yang begitu sesuai bagi para pelanggan yang sering kali mempunyai jadual yang sibuk.

Perkhidmatan penghantaran makanan ini bermula pada jam 11 pagi sehingga 7 malam bagi kawasan Kiarong, Kiulap, Airport Lama Berakas dan juga Gadong.

Pesanan minimum adalah $15 dengan caj penghantaran tambahan sebanyak $2. Diskaun tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan penghantaran.

Perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh Express Fastfood ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kemudahan kepada para pelanggan.

Antara hidangan yang ditampilkan oleh Restoran Express, Express Nasi Lemak.
Antara hidangan yang ditampilkan oleh Restoran Express, Express Nasi Lemak.

ARTIKEL YANG SAMA