Restoran makanan segera bertapak di Hanoi, Vietnam

HANOI – Selepas sahaja restoran burger global, McDonald membuka cawangan pertamanya baru-baru ini di pusat bersejarah komunis Hanoi, iaitu sebuah bandar konservatif yang terkenal dengan gaya tradisionalnya, para penduduk Vietnam kelihatan berpusu-pusu dan memenuhi restoran makanan segera itu sebaik sahaja ia dilancarkan.

Para pelanggan kelihatan berbaris panjang hanya untuk mendapatkan Big Mac dan Chicken McNuggets.

Restoran itu terletak di kawasan ibu negara Vietnam dan menghadap ke Tasik Hoan Kiem dan kawasan ini terkenal sebagai sebuah lokasi yang berjaya menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun untuk melihat bangunan kolonial zaman Perancis.

Lokasi ini turut terkenal sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi dengan makanan jalanan sedap yang menjual pelbagai jenis makanan seperti mi, sup, sandwic dan banyak lagi.

Restoran makanan segera ini merupakan yang pertama di kawasan luar hab komersial di Selatan Ho Chi Minh City, di mana sekitar 16 cawangan restoran itu telah dibuka sejak McDonald pertama kali membuka cawangannya di Vietnam pada tahun 2014 dan telah menjadi kegemaran penduduk negara itu sehingga sekarang.

Rangkaian restoran global itu menerima sambutan yang sangat hebat daripada penduduk Vietnam khususnya golongan belia. – AFP
Restoran itu terletak di kawasan ibu negara Vietnam dan menghadap ke Tasik Hoan Kiem malah kawasan ini terkenal sebagai sebuah lokasi yang berjaya menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun untuk melihat bangunan kolonial zaman Perancis. – AFP

Rangkaian restoran global itu menerima sambutan yang sangat hebat daripada penduduk Vietnam khususnya golongan belia. Bagi Tran Dinh Luyen yang berusia 84 tahun yang mana ketika dahulu pernah berperang melawan Amerika Syarikat dalam Peperangan Vietnam, restoran itu adalah satu tanda hubungan yang baik dengan bekas musuh negara. “Saya sangat gembira kerana McDonald telah berjaya membuka cawangannya di Hanoi kerana restoran ini berasal dari Amerika Syarikat yang sangat terkenal, jadi ia menunjukkan bahawa sejauh mana perhubungan Vietnam dengan Amerika Syarikat di tahun-tahun yang akan datang,” tambah Tran lagi kepada wartawan selepas dia dan anak perempuannya memotong burger Big Mac.

Masih ada tegahan

Walaupun restoran ini berjaya dibuka namun tidak semua penduduk bersetuju dengan pembukaan restoran itu. “Ia adalah satu makanan sampingan, makanan segera malah makanan segera ini sesuai untuk kanak-kanak sahaja dan ia tidak baik sama sekali,” kata Ta Xuan Huong, yang berusia 90 tahun, yang berpendirian tetap untuk menyokong masakan tradisional bandar itu.

Sesetengah pelancong yang berada di bandar itu sangat terkilan dan terkejut melihat restoran itu telah berjaya membuka cawangannya di bandar itu dan akan berpotensi untuk menarik lagi para pelancong dan juga penduduk tempatan.

“Ia sebenarnya agak seronok untuk melihat perasmian restoran ini kerana ia adalah satu pengalaman budaya yang menarik untuk melihat betapa pentingnya kedai itu dibuka di bandar ini,” kata Amerika Dan Moore kepada wartawan AFP selepas sahaja isterinya berkata bahawa dia tidak menjangka restoran itu dibuka di salah satu lokasi simbol kapitalisme yang paling penting di sebuah negara komunis.

Para pelanggan kelihatan berbaris panjang hanya untuk mendapatkan Big Mac dan Chicken McNuggets. – AFP

Pasaran makanan membangun

Satu pihak di negara itu telah menyaksikan satu pertumbuhan ekonomi yang membanggakan selepas sahaja negara itu membuka pintu ekonomi kepada pelaburan asing, termasuk kemasukan rantaian operasi restoran makanan segera dari barat seperti Starbucks, KFC dan juga Burger King. Pertumbuhan dalam sektor makanan segera itu telah disokong oleh peningkatan pendapatan yang sangat pesat, pendapatan per kapita tahunan yang meningkat lebih dua kali ganda dalam beberapa dekad yang lalu kepada kira-kira AS$2,100 hari ini.

Lelaki yang berjaya membawa rangkaian restoran itu ke negara itu, Henry Nguyen yang pernah membuat burger untuk McDonald di Amerika Syarikat di mana dia dibesarkan selepas keluarganya melarikan diri daripada peperangan sebelum ini, berkata bahawa pasar ekonomi Vietnam sebenarnya sangat besar dan juga berpotensi hebat.

“Vietnam adalah trajektori pertumbuhan yang kami percaya bahawa dalam tempoh lima tahun, 10 tahun, 20 tahun akan menjadi pasaran yang hebat dan dapat mencuba untuk mengambil setiap peluang yang ada dan terus pesat membina,” kata Nguyen lagi kepada wartawan AFP.

Menurut firma penyelidikan pasaran Eurominitor Internasional bahawa industri makanan segera di Vietnam telah lama menyaksikan pertumbuhan dua digit setiap tahun selama lima tahun yang lalu dan negara ini mempunyai pertumbuhan maksimum 2017 di Asia Pasifik untuk rangkaian makanan segera.

Walaupun makanan segera mahal iaitu tiga kali ganda harganya namun penduduk masih menunjukkan selera yang begitu tinggi dan kuat.

“Orang muda sekarang lebih suka akan makanan segera disebabkan oleh sekelilingnya yang sejuk dan bagus malah para pelanggan juga suka akan cita rasa yang dibawa oleh restoran ini,” tambah penganalisis Euromonitor, Samuel Huynh mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP