Restoran Seasons adakan kelas memasak

Restoran Seasons adakan kelas memasak

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bersempena dengan Pesta Makanan Malaysia 2016 yang berlangsung sejak 7 April lalu hingga 14 Mei ini, Restoran Seasons telah menganjurkan kelas memasak yang berlangsung di restoran berkenaan, di Gadong, hari ini.

Kelas berkenaan telah dibukakan secara percuma kepada pelanggan yang telah menjamu selera di restoran itu semasa tempoh promosi.

Diadakan dari jam 2:30 petang hingga 5:30 petang, kelas tersebut bertujuan untuk mengajar para peserta bagaimana menghasilkan makanan masakan Malaysia yang asli.

Kelas berkenaan telah dimulakan dengan Cef Rashid Jaafar mengajar bagaimana untuk memasak Ikan Asam Pedas Melaka, diikuti dengan Udang Cili dan Sup Kway Teow yang diketuai oleh Chong Keen Wai.

Cef Rashid Jaafar ketika mengajar bagaimana memasak Ikan Asam Pedas Melaka.
Cef Rashid Jaafar ketika mengajar bagaimana memasak Ikan Asam Pedas Melaka.

Sepanjang promosi empat minggu berkenaan, Restoran Seasons telah berubah menjadi tempat pengembaraan bagi meneroka masakan Malaysia di mana para pelanggan dijemput untuk merasa hidangan yang disediakan oleh cef-cef RBC dari Malaysia.

Makanan dalam promosi berkenaan dihidangkan secara bufet setiap Khamis hingga Sabtu dari jam 7 malam hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA